Monday, March 21, 2011

Realiti

Salam hormat. 
Pada hari yang indah ini, ingin saya umumkan bahawa Rabu ni tibanya masa untuk semua remaja yang berumur 17+ atau 18 tahun dan telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun yang lepas untuk menghadapi kenyataan yang mungkin perit bagi sesetengah orang untuk menerimanya mahupun yang confident tahap kambing diorang boleh skor straight As untuk merasakan mimpi mereka telah direalisasikan.
Nasib kalian semua akan ditentukan pada tanggal 23 Mac ini.
Untuk mereka yang mendapat kejayaan umpama Rooney berjaya menendang gol yang menembusi tv HD yang digunakan oleh Lampard, tampallah keputusan anda didalam frame dan sediakan muka lima puluh sen anda yang akan anda lihat dalam Utusan Malaysia pada hari Khamis nanti.
Bagi mereka yang mendapat keputusan yang sekadar cukup makan, jangan risau, hambo mengerti perasaan kalian. Apa yang penting ialah kalian bingkas bangun dan berusaha dengan lebih lagi masa kat kolej/ matriks nanti.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment